Show simple item record

dc.date.accessioned2024-10-02T01:10:32Z
dc.date.available2024-10-02T01:10:32Z
dc.date.issued01.10.2024
dc.identifier.urihttps://e-ilami.unissa.edu.bn:8443/handle/20.500.14275/6534
dc.description.abstractTema bagi Majlis Ilmu pada tahun ini memfokuskan kepada isu semasa global yang berkaitan dengan kesihatan mental. Sepertimana tahun-tahun yang lazimnya, seminar merupakan salah satu pengisian bagi sambutan Majlis Ilmu. Sehubungan dengan itu, seminar Majlis Ilmu pada tahun ini akan turut membincang dan mengupas topik-topik yang berkaitan kesihatan mental, dasar kerajaan dalam menangani isu kesihatan mental dan langkah pencegahan. Ini bersesuaian dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan; “Menyebut tentang akal, ia juga berkaitan dengan mental. Pada akhir-akhir ini, kesihatan mental banyak diperkatakan. Maka sehubungan itu usaha-usaha, bersepadu Kerajaan Beta dalam menangani isu-isu kesihatan mental yang semakin meningkat dan membimbangkan, amatlah dialu-alukan. Beta difahamkan, kira-kira seramai 11,000 orang lebih, yang terdiri daripada kanak-kanak hingga dewasa adalah sedang menerima rawatan Perkhidmatan Psikiatri dan Psikologi Klinikal di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Oleh itu, usaha-usaha yang sedia ada perlu dipertingkatkan lagi, supaya isu ini dapat ditangani dengan lebih berkesan. Beta mahu, program kesihatan mental secara saintifik dan kerohanian hendaklah diaktifkan melalui pendidikan, terutama pendidikan ugama dan dakwah secara berterusan. Inilah antara konsep hijrah, iaitu untuk mengubah atau membaiki perkara-perkara negatif kepada positif.” Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan sempena Tahun Baharu Hijrah 1446H. Oleh yang demikian, seminar ini wajar dijalankan bagi menyahut seruan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dalam menangani kesihatan mental di Negara Brunei Darussalam khususnya dan global secara umum.en_US
dc.language.isoMalayen_US
dc.subjectMajlisen_US
dc.subjectMajlis Ilmu 2024en_US
dc.titleSeminar Majlis Ilmu 2024 - Menangani Gejala Mental - Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke 78 Tahunen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record