Show simple item record

dc.contributor.authorNurul Nadhirah bte Abd. Razak
dc.date.accessioned2023-02-27T04:24:07Z
dc.date.available2023-02-27T04:24:07Z
dc.date.issued2021
dc.identifier.urihttps://e-ilami.unissa.edu.bn:8443/handle/20.500.14275/4943
dc.description.abstractObjektif kajian ini adalah untuk merungkai tentang hakikat sifat lupa dan sejauhmana kaitannya dengan syariat Islam dan ilmu psikologi manusia. Kajian ini lebih memfokuskan kepada ibadat solat. Adapun metodologi kajian menggunakan kajian secara pengumpulan data dan maklumat kemudian maklumat tersebut dianalisa bagi mencapai objektif kajian. Adapun secara pengumpulan data dan maklumat, pada mulanya menerangkan perbezaan tidak ketara diantara istilah perkataan lupa dengan istilah-istilah yang digunakan seperti Jahil " ," لھجلاtidak sengaja " " اطخلاdan sahwi ھسلا "و ". Kemudian menerangkan penggunaan Al-Quran dan Sunnah bagi perkataan “ ” نایسنلا dan apakah lupa yang dimaksudkan dalam hadith “" . عفرلاSetelah itu menerangkan tentang lupa yang terjadi ketika solat dari segi hukum dan kesannya. Akhir sekali memberikan perbandingan dari perspektif islam dan ilmu Psikologi. Adapun metodologi secara analisa, dapatan kajian dapat membantu untuk lebih mengetahui secara terperinci perbezaan " " نایسنلاdan " " وھسلاyang mana perbezaanya adalah dari segi pengetahuan si mukallaf. Begitu juga penggunaan istilahnya hanya tertumpu pada pemasalahan semasa solat sahaja. Seterusnya, dapat menilai semula dan memperbetulkan pendapat para ulama tentang permasalahan hukum lupa ketika solat. Akhir sekali membuat perbandingan dari perspektif Islam dan Ilmu psikologi tentang istilah lupa ini. Dari kajian ini telah didapati bahawa Istilah Lupa sangat luas makna dan penggunaanya di dalam Al-Quran, Islam dan dari segi pakar bahasa. Islam lebih cenderung kepada tujuan membersihkan hati dan jiwa serta pengakuan terhadap ibadat dan kekuasaan Allah.Islam telah membataskan penggunaan istilah lupa dalam sembahyang dengan " ." وھسلاManakala dari ilmu Psikologi lebih cenderung kepada hal duniawi semata-mata. Dalam kajian ini juga memberikan penyelasaian secara gabungan dengan mengambil pendapat dan rawatan secara Islami begitu juga secara ilmu Psikologi.en_US
dc.language.isoArabicen_US
dc.titleأ نايسنلا في ةلاصلا : ةسارد ةيليلتح ةنراقم ينب هقفلا يملاسلإا ملعو سen_US
dc.title.alternativeHukum Lupa Dalam Solat: Kajian Analisis Perbandingan di Antara Feqh Islam dan Psikologien_US
dc.title.alternativeThe Law of Forgetting During Prayer: A Comparative Analysis Study of Islamic Jurisprudence and Psychologyen_US
dc.typeThesisen_US
dc.facultyFaculty of Shariah and Lawen_US
dc.supervisorالدكتور صفري بن الحاج سودينen_US
dc.studentID17B0121en_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record