أ نايسنلا في ةلاصلا : ةسارد ةيليلتح ةنراقم ينب هقفلا يملاسلإا ملعو س
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk merungkai tentang hakikat sifat lupa dan sejauhmana
kaitannya dengan syariat Islam dan ilmu psikologi manusia. Kajian ini lebih
memfokuskan kepada ibadat solat. Adapun metodologi kajian menggunakan kajian
secara pengumpulan data dan maklumat kemudian maklumat tersebut dianalisa bagi
mencapai objektif kajian. Adapun secara pengumpulan data dan maklumat, pada
mulanya menerangkan perbezaan tidak ketara diantara istilah perkataan lupa dengan
istilah-istilah yang digunakan seperti Jahil " ," لھجلاtidak sengaja " " اطخلاdan sahwi ھسلا "و
". Kemudian menerangkan penggunaan Al-Quran dan Sunnah bagi perkataan “ ” نایسنلا
dan apakah lupa yang dimaksudkan dalam hadith “" . عفرلاSetelah itu menerangkan
tentang lupa yang terjadi ketika solat dari segi hukum dan kesannya. Akhir sekali
memberikan perbandingan dari perspektif islam dan ilmu Psikologi. Adapun
metodologi secara analisa, dapatan kajian dapat membantu untuk lebih mengetahui
secara terperinci perbezaan " " نایسنلاdan " " وھسلاyang mana perbezaanya adalah dari segi
pengetahuan si mukallaf. Begitu juga penggunaan istilahnya hanya tertumpu pada
pemasalahan semasa solat sahaja. Seterusnya, dapat menilai semula dan
memperbetulkan pendapat para ulama tentang permasalahan hukum lupa ketika solat.
Akhir sekali membuat perbandingan dari perspektif Islam dan Ilmu psikologi tentang
istilah lupa ini. Dari kajian ini telah didapati bahawa Istilah Lupa sangat luas makna dan
penggunaanya di dalam Al-Quran, Islam dan dari segi pakar bahasa. Islam lebih
cenderung kepada tujuan membersihkan hati dan jiwa serta pengakuan terhadap ibadat
dan kekuasaan Allah.Islam telah membataskan penggunaan istilah lupa dalam
sembahyang dengan " ." وھسلاManakala dari ilmu Psikologi lebih cenderung kepada hal
duniawi semata-mata. Dalam kajian ini juga memberikan penyelasaian secara gabungan
dengan mengambil pendapat dan rawatan secara Islami begitu juga secara ilmu
Psikologi.
Collections
- BACHELOR (FSL) [290]
Alternative Title
Hukum Lupa Dalam Solat: Kajian Analisis Perbandingan di Antara Feqh Islam dan Psikologi
The Law of Forgetting During Prayer: A Comparative Analysis Study of Islamic Jurisprudence and Psychology
The Law of Forgetting During Prayer: A Comparative Analysis Study of Islamic Jurisprudence and Psychology