إشكالية إثبات فسخ النكاح بالضرر الشرعي في المحكمة الشرعية ببروني دار السلام
Abstract
Sepasangan suami dan isteri itu pasti tidak akan dapat lari dari perselisihan dan
pertelingkahan antara mereka, kecil atau besar, sedikit ataupun banyak, sehingga ada
kalanya si suami melakukan dharar (penganiayaan atau penderaan) terhadap isterinya
secara fizikal mahupun mental. Pertelingkahan ini dibicarakan di dalam Mahkamah
Syariah Brunei Darussalam di bawah bab 44 daripada Akta Undang-Undang Keluarga
Islam, Penggal 217. Adapun perceraian fasakh nikah kerana dharar syarie di dalam
Mahkamah, ia sering kali menghadapi permasalahan dalam mensabitkannya kerana ia
melibatkan penderaan secara fizikal pada badan bahkan juga penderaan dari segi
mental dan emosi, dan ia tidak dapat disabitkan dengan hanya satu pembuktian tetapi
memerlukan juga bukti sokongan lain. Oleh kerana itu, kajian ini bertujuan untuk
menerangkan permasalahan yang di hadapi di dalam mensabitkan cerai fasakh nikah
kerana dharar syarie di dalam Mahkamah Syariah Brunei Darussalam. Pengisian
kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif iaitu dengan merujuk kepada bahan
sumber dan rujukan daripada kitab-kitab turath, menurut empat mazhab, kitab-kitab
baharu, rujukan penyelidikan yang lepas serta merujuk kepada buku undang-undang
dan kes-kes yang dikendalikan di Mahkamah. Selain itu, pengkaji juga melakukan
temu duga bersama peguam syar’ie daripada firma Peguam Syar’ie Al-Wady. Di
antara dapatan utama daripada kajian ini adalah dharar yang dimaksudkan di dalam
bab 44 itu merangkumi maksud penganiayaan dan penderaan, iaitu “penganiayaan”
yang bermaksud dharar terhadap tubuh badan dan “penderaan” bermaksud selain
daripadanya yang merangkumi dharar terhadap mental dan emosi. Selain itu, antara
permasalahan dalam mensabitkan cerai fasakh nikah kerana dharar syar’ie adalah
permasalahan dalam menetapkan qarinah dan pendapat pakar yang terpakai, serta
permohonan bagi perintah perlindungan ketika kes perbicaraan mengambil masa yang
panjang.
Collections
- BACHELOR (FSL) [290]
Alternative Title
The Problem Of Proving The Fasakh Of Marriage By Way Of Dharar Syar’ie In The Shariah Court Of Brunei Darussalam