الأحكام المالية بين الزوجين في الفقه الإسلامي وقانون بروناي
Abstract
Dalam Syariah telah membahaskan tentang harta sepencarian, harta sepencarian
ialah harta yang di perolehi suami dan isteri sepanjang tempoh perkahwinan mereka.
Harta sepencarian ini telah ditekankan dalam Syariah agar suami isteri berlaku adil
di antara mereka, tidak menzalimi di antara mereka dan menjaga hak masing-masing
untuk mengelakkan pertelingkahan berlaku di dalam rumah tangga mereka. Harta
sepencarian adalah tidak asing lagi di dalam undang-undang Syariah. Allah
Subhanahu Wata’ala telah berfirman di dalam surah an-nisa ayat 32 yang
menceritakan tentang hak suami dan isteri, yang mana dalam ayat itu menyebutkan
setiap individu mempunyai hak masing-masing. Kajian dalam bahas ini adalah
membincangan tentang hak-hak yang di perolehi oleh setiap seorang dari mereka
semasa tempoh perkahwinan mahupun selepas penceraian dan isu-isu yang di hadapi
dalam harta sepencarian. Perkara ini jugak berkaitan dengan undang-undang negara
kita Brunei Darussalam, justeru itu dalam bahas ini juga akan membincangkan
tentang isu-isu tentang harta sepencarian di dalam kehidupan masyarakat Brunei
Darussalam, ini disebabkan permasalah-permasalahan harta sepencarian kerap
berlaku di negara Brunei Darussalam.
Collections
- BACHELOR (FSL) [290]