جرمية شرب اخلمر وعقوبتها يف الفقه اإلسالمي والقانون الربونوي
Abstract
Penguatkuasaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 membawa perubahan
yang sangat besar dalam undang-undang jenayah minum arak di Negara Brunei
Draussalam dengan penambahluasan peruntukan yang berkaitan dengannya beserta
peningkatan kadar hukuman denda dan tambahan hukuman sebat. Penyelidikan ini
bertujuan untuk menjelaskan maksud jenayah meminum arak dari segi definisi dan
peruntukan dalam perundangan Islam dan hukumannya dalam undang-undang Brunei
berdasarkan apa yang diputuskan oleh Syariah Islam dalam hal ini. Metodologi yang
digunakan adalah kajian dengan pendekatan deskriptif. Data yang diperolehi adalah
daripada pembacaan buku-buku perundangan Islam dan undang-undang Brunei serta
artikel-artikel yang berkaitan dengan tajuk kajian ini. Adapun hasil dapatan kajian ini ialah:
Agama Islam mendorong umatnya untuk menjaga akal dan telah mengharamkan minum
arak sam ada sedikit atau banyak. Syariat Islam telah menetapkan hukuman sebat bagi
sesiapa yang melakukan jenayah minum arak. Adapun hukuman yang telah diperuntukkan
dalam undang-undang Brunei khusunya Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013
ialah sebat atau penjara serta sebat. Hukuman ini sama dengan apa yang ditetapkan oleh
Syariat Islam terhadap mereka yang melakukan jenayah meminum arak kecuali penjara.
Undang-undang Brunei juga mengenakan hukuman takzir, iaitu denda wang atau penjara
serta denda, jika tidak mencukupi syarat untuk dikenakan hukuman Hudud.
Collections
- BACHELOR (FSL) [290]
Alternative Title
Jenayah Minum Arak dan Hukumanya Dalam Perundangan Islam dan Undang-Undang Brunei