درجاها وأهلها في ضوء السنة النبوية :الجنة
Abstract
Syurga adalah tempat abadi yang telah dijanjikan Allah bagi hambanya yang taat, bertaqwa dan beramal soleh. Syurga telah tercipta dan kewujudannya telah dibuktikan sendiri oleh nabi Muhammad Salallahu Alaihi wassalam semasa israk nabi ke langit yang mana baginda telah memasukinya dan melihat sendiri akan kandungan syurga. Kebenaran itu juga telah disabitkan melalui hadis baginda sendiri. Kajian ilmiah ini hanya memfokuskan tentang syurga dalam konteks sunnah nabawiyyah. Kajian ilmiah ini mengandungi dua fasal. Fasal pertama menceritakan makna syurga dari segi bahasa dan istilah, nama-nama syurga, kedudukan syurga dan isi kandungan syurga yang mana syurga juga terdapat di dalamnya bilik-bilik, sungai-sungai, kebun-kebun, kenderaan, baju ahli syurga dan sebagainya. Manakala di dalam fasal kedua menceritakan tentang orang-orang yang pertama memasuki syurga, orang-orang yang telah dijanjikan bagi mereka syurga, dan di dalam fasal kedua ini mengandungi juga perihal ahli syurga. Saya mengakhiri kajian ilmiah ini dengan penutup natijah kajian dengan menyertakan bahan-bahan rujukan saya.
Collections
- BACHELOR (FOU) [94]
Alternative Title
Syurga di dalam Konteks Sunnah Nabawiyyah