أثر الغرب في الشباب بروناي دارالسلام والوقاية منه
Abstract
Pengaruh Barat yang melanda remaja adalah satu fenomena yang perlu ditangani oleh masyarakat masa kini. Memandangkan masa dan keadaan sudah jauh berbeza, maka pada zaman ini banyak masalah-masalah timbul yang mana kebanyakkannya berpunca dari cara hidup dan kurangnya pengetahuan agama Isalam di dada masyarakat Islam. Meminum arak, penyalah gunaan dadah, cara berpakaian, percampuran di antara lelaki dan wanita yang tiada batasnya di dalam pergaulan seharian adalah perkara yang sering kita dengar dan lihat pada masa kini. Dan sebab utama yang menjurus kepada ini adalah pengaruh negatif yang di bawa oleh Barat. Adapun metodologi penulisan latihan ilmiah ini adalah dengan merujuk buku-buku, surat-surat khabar yang berkaitan dengan kajian ini. Latihan ilmiah ini terbahagi kepada tiga fasal, fasal pertam: siapa yang dimaksudkan dengan Barat itu dan apa kaitan pengaruhnya dengan kita, fasal kedua: pengaruh barat keatas remaja, fasal ketia: peranan kerajaan dalam menjaga masyarakt daripada pengaruh Barat.
Collections
- BACHELOR (FOU) [94]