dc.description.abstract | Latihan ilmiah ini mengenai perbandingan bahasa antara Bahasa Arab dan Bahasa Melayu dalam penggunaan Ayat Tanya. Dan kajian ini, mendapati ada persamaan dan perbezaan di antara kedua-dua bahasa, bahkan ianya lebih cenderung kepada persamaan dalam menggunakan Ayat Tanya. Adanya perbezaan ini mengakibatkan kesukaran yang dihadapi oleh penuntut Brunei dan ini menyebabkan berlakunya kesalahan ketika mereka cuba membuat ayat berbentuk pertanyaan khususnya menggunakan Kata Tanya di dalam Bahasa Arab yang mana ayatnya didahului oleh Kata Kerja, berlainan dengan Kata Tanya di dalam Bahasa Melayu, yang mana ayatnya dimulai oleh subjek. Latihan ilmiah ini dimulai dengan muqaddimah, terkandung di dalamnya tajuk latihan ilmiah, pengenalan tajuk, pengenalan kajian berbentuk perbandingan, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu, sebab pemilihan tajuk, tujuan latihan ilmiah dan langkah-langkahnya. Latihan ilmiah ini mengandungi empat bahagian. Pertama menerangkan tentang pengenalan Ayat Tanya dalam Bahasa Arab, pembahagiannya Ayat Tanya, ciri-ciri Ayat Tanya dan Ayat Tanya yang terkeluar dari makna sebenar. Bahagian kedua tentang Ayat Tanya dalam Bahasa Melayu, langkah-langkah menggunakan Kata Tanya, pembahagian Kata Tanyam dan ciri-ciri Ayat Tanya didalam Bahasa Melayu. Seterusnya bahagian ketiga menerangkan tentang persamaan dan perbezaan di antara dua bahasa tersebut. Dan bahagian keempat mambahasakan tentang kesukaran yang dihadapi oleh penuntut-penuntut Brunei. Dan yang terakhir kesimpulan latihan ilmiah serta nama-nama buku rujukan. | en_US |