الأساليب البلاغية في سورة آل عمران
Abstract
Uslub Balaghiah dalam surah Ali Imran merupakan salah satu latihan Ilmiah yang mana penulis membincangkan semua perkara yang mencukup dan menyingkap uslub balaghah sama ada ilmu Bayan, Ma'anie dan Badi'e, yang terdapat di dalam surah ini. Latihan Ilmiah ini mengandungi muqaddimah, 4 fasal serta kesimpulan. Di dalam muqaddimah penulis telah membincangkan sebab-sebab pemilihan tajuk, tujuan perbincangan dan isi kandungan latihan Ilmiah ini. Di dalam fasal pertama penulis telah pun membincangkan secara ringkas tentang uslub Bayan iaitu Tashbih, Majaz, Isti'arah dan Kinayah berserta takrif dan contoh-contohnya. Begitu juga dengan fasal kedua dan ketiga tentang uslub Tarkibiyah dan Badi'eyah secara ringkas dengan pengertian dan contoh-contohnya. Adapun fasal keempat, penulis telah membahaskan dan mengkaji tentang kedudukan uslub Balaghah di dalam ayat surah ini. Manakala di penghujung latihan Ilmiah ini, penulis telah secara ringkas hasil dari perkara-perkara yang telah dibahasakan. Di akhir perbincangan latihan Ilmiah ini, penulis ada menyertakan semua senarai buku-buku yang telah digunakan di dalam menghasilkan latihan Ilmiah ini.
Collections
- BACHELOR (FAL) [11]
Alternative Title
Al-Asalib Al-Balaghiah Dalam Surah Ali Imran