خمسة حكايات شعبية بروناوية ترجمة ودراسة
Abstract
Kajian Latihan Ilmiah ini bertajuk: "Lima Buah Cerita Rakyat Brunei. Terjemahan dan Kajian". Kajian ini terdiri daripada pendahuluan, empat fasal dan penutup. Fasal pertama meliputi tentang cerita rakyat dari segi definisi, sumber dan terjemahannya. Fasal kedua merangkumi tentang kajian seni cerita rakyat Brunei. manakala fasal ketiga pula tentang terjemahan cerita rakyat Brunei ke bahasa lain, dan juga ke bahasa Arab. Akhir sekali, Fasal keempat yang meliputi tentang terjemahan lima buah cerita rakyat Brunei ke dalam bahasa Arab. Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan kelima-lima buah cerita tersebut seterusnya diikuti dengan terjemahannya sekali. Pengkaji telah menghasilkan penemuan dalam latihan ilmiah ini sebagaimana yang terdapat di dalam penyenaraian frasa-frasa dan perkataan-perkataan yang digunakan di dalam teks-teks sumber dan terjemahan. Apa yang paling penting ialah terdapat banyaknya kalimah-kalimah Arab yang terkandung di dalam cerita rakyat Brunei.
Collections
- BACHELOR (FAL) [11]
Alternative Title
Lima Buah Cerita Rakyat Brunei