Show simple item record

dc.contributor.authorDk. Nurhayati binti Pg. Haji Kashran
dc.date.accessioned2020-09-26T06:09:37Z
dc.date.available2020-09-26T06:09:37Z
dc.date.issued2005
dc.identifier.urihttps://e-ilami.unissa.edu.bn:8443/handle/20.500.14275/3933
dc.description.abstractPeranan wanita dalam perkembangan dakwah Rasul Sallallahu 'alaihi wasallam memang tidak dapat dinafikan. Bahas ini menyingkap tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh para wanita pada zaman Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam. Tujuan utama bahas ini adalah untuk membangkitkan semangat wanita masakini. Wanita berperanan sebagai pendakwah secara langsung dan tidak langsung. Tugasan ini memerlukan setiap wanita untuk mengetahui tanggungjawab dan peranan mereka dalam berkhidmat untuk Islam. Bahas ini dibahagikan kepada dua bab utama. Bab pertama membicarakan tentang penglibatan wanita pada zaman Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam dalam tempoh awal dakwah di Mekkah al-Mukarramah. Bab ini mengandungi dua fasal, fasal pertama menggambarkan kepada kita tentang peranan wanita dalam membantu penyebaran dakwah di dalam rumah. Manakala fasal kedua pula menyentuh mengenai penglibatan wanita dalam dakwah Rasul Sallallahu 'alaihi wasallam di luar rumah. Bab kedua mengandungi catatan-catan peranan wanita zaman Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam dalam fasa kedua dakwah baginda di Madinah al-Munawwarah. Bab ini juga dibahagikan kepada dua fasal seperti bab pertama, fasal pertama menyingkap pengorbanan wanita dalam penyebaran dakwah Rasul Sallallahu 'alaihi wasallam di rnmah. Fasal kedua pula mengumpulkan cebisan sejarah peranan para wanita dalam medan dakwah bersama masyarakat Islam di Madinah. Mudah-mudahan dengan mengetahui sejarah peranan wanita zaman Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam para wanita bari ini akan lebih bersungguh-sungguh dalam memelihara agama dan lebih memaharni akan kemampuan mereka untuk membina masyarakat Islam yang gemilang.en_US
dc.language.isoArabicen_US
dc.publisherUniversiti Islam Sultan Sharif Alien_US
dc.subjectMuslim Womenen_US
dc.titleدور المرأة المسلمة في الدعوة إلى الله في عصر النبوةen_US
dc.typeThesisen_US
dc.facultyFaculty of Usuluddinen_US
dc.additionalinformationNumber of Pages: 103en_US
dc.studentID01B8103en_US
dc.keywordPeranan Wanitaen_US


Files in this item

Thumbnail
Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record