dc.contributor.author | Siti Norbani binti Assim | |
dc.date.accessioned | 2020-09-17T06:18:48Z | |
dc.date.available | 2020-09-17T06:18:48Z | |
dc.date.issued | 2012 | |
dc.identifier.uri | https://e-ilami.unissa.edu.bn:8443/handle/20.500.14275/3919 | |
dc.description.abstract | Sesungguhnya di antara perkara yang utama bagi seorang hamba dalam mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata’ala, adalah dengan melakukan Suruhan Berbuat Kebaikan Dan Mencegah Kemunkaran kerana ia adalah asas utama dalam agama dan dengan melakukn perkara ini kita dapat menjaga kehormatan Allah Subhanahu Wata’ala dan menjaga syariatNya serta menjunjung
tinggi kebenaranNya dan ugama. Begitu juga, kita dapat menjaga hak-hak kita dan kewajipan dan mendirikan syiar-syiar Islam. Adapun kemungkaran telahpun berleluasa di dalam masyarakat adalah disebabkan kelalaian di dalam melakukan kewajipan Suruhan Berbuat Kebaikan Dan Mencegah Kemunkaran. Sebagaimana perkara ini ditegaskan, saya telah pun menyediakn betapa pentingnya tajuk ini di dalam kajian saya. Di samping itu saya memberikan sebab-sebab yang mendorong kepada kerosakan masyarakat masa ini. Begitu juga saya menerangkan kesankesan
Suruhan Berbuat Kebaikan Dan Mencegah Kemunkaran kepada mereka serta menjelaskan perkara-perkara yang menjurus kepada Suruhan Berbuat Kebaikan Dan Mencegah Kemunkaran. Adapun saya juga menitik beratkan Suruhan Berbuat Kebaikan Dan Mencegah Kemunkaran secara berperingkatperingkat yang ada di dalam masyarakat. Kajian ini menggunakan kaedah wasfi dan tahlili dan mengumpulkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang terdiri daripada sumber-sumber dan rujukan-rujukan yang ada di perpustakaan-perpustakan khususnya Perpustakaan Universiti Sultan Sharif Ali dan Universiti Brunei Darussalam. Adapun rujukan-rujukan di dalam kajian saya ini merangkumi muqaddimah yang mana di dalamnya ada kepentingan tajuk dan sebab mengapa saya memilihnya, kemudian saya membahagikannya kepada empat fasal, yang pertama penerangan tentang Suruhan Berbuat Kebaikan Dan
Mencegah Kemunkaran dan diikuti dengan penjelasan tentang wajibnya Suruhan Berbuat Kebaikan Dan Mencegah Kemunkaran serta kesan bahayanya meninggalkan keduanya. Begitu juga saya menambah syarat-syarat dan adab-adab yang wajib ke atas orang yang melakukan Suruhan Berbuat Kebaikan Dan Mencegah Kemunkaran. Di samping itu juga turut diterangkan di sini sebab-sebab yang utama yang menjurus kepada kerosakan masyarakat kini, dan cara-cara
memperbaiki masyarakat yang ada di dalam Al-Quran. Kemudian saya akhiri kajian ini dengan menerangkan bidang-bidang Suruhan Berbuat Kebaikan Dan Mencegah Kemunkaran dan kesannya dari segi memperbaiki kepercayaan dan akhlak setiap individu dan juga dari segi ekonomi dan politik serta masyarakat. Dan saya akhiri dengan kesimpulan-kesimpulan yang dapat saya ambil dari kajian ini serta nasihat-nasihat yang dapat di ambil dan isi kandungan serta rujukanrujukan yang ada. | en_US |
dc.language.iso | Arabic | en_US |
dc.publisher | Universiti Islam Sultan Sharif Ali | en_US |
dc.subject | Good and evil (Islam) | en_US |
dc.title | الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر وأثره في تحقيق إصلاح المجتمع: دراسة تفسيرية موضوعية | en_US |
dc.title.alternative | "Suruhan berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kesannya dalam memperbaiki masyarakat: Dirasah Tafsiriyyah Maudhu'iyyah" | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
dc.faculty | Faculty of Usuluddin | en_US |
dc.additionalinformation | Number of Pages: 247 | en_US |
dc.supervisor | الدكتور أمند بن أمند شرشال | en_US |
dc.studentID | 10MC215 | en_US |
dc.keyword | Berbuat Kebaikan | en_US |
dc.keyword | Memperbaiki masyarakat | en_US |