قاعدة الضرر يزال وتطبيقاتها الفقهية
Abstract
Dalam latihan ilmiah ini penulis bertujuan untuk membincangkan mengenai kaedah “kemudaratan yang harus dihilangkan”, serta perlaksanaan kaedah ini. Perkara-perkara utama yang akan dibincangkan oleh penulis adalah mengenai fahaman kaedah “kemudaratan yang harus dihilangkan”, dalil-dalil mengenai kaedah ini merujuk kepada Al-Quran, Sunnah An-Nabawiyyah dan Ijma’ ulama dan perlaksanaan kaedah ini, penulis juga akan menerangkan mengenai kaedah-kaedah yang termasuk di bawah kaedah ini, dan perlaksanaanya di dalam bab ibadah, muamalat, hal kekeluargaan dan sebagainya dari babbab Fiqh Islam. Adapun metadologi penulisan ilmiah ini adalah merujuk kepada beberapa buah buku-buku asal dan saduran daripada buku-buku kaedah fiqih dan fiqh dalam empat mazhab. Hasil kajian ini mendapati kemudaratan yang berlaku itu dibahagi kepada beberapa bahagian, walaupun prinsip asas dalam undang-undang Islam bertujuan untuk menghilangkan segala jenis kemudaratan, ini tidak bermaksud semua kemudaratan yang berlaku akan dihilangkan pada setiap masa dan keadaan. Oleh itu, pada hakikatnya perlulah diseimbangkan iaitu menghilangkan kemudaratan yang berat dan pada masa yang sama menanggung kemudaratan yang ringin, daripada menghilangkan kemudaratan itu sepenuhnya.
Collections
- BACHELOR (FSL) [290]
Alternative Title
Kaedah Kemudaratan yang Harus Dihilangkan dan Aplikasi Kaedah ini