أنواع العقوبات في الفقه الإسلامي
Abstract
Kajian ini membincangkan mengenai jenis-jenis hukuman syariah dari sudut takrif dan jenis-jenisnya. Seperti yang kita ketahuu bahawa jenis-jenis hkuman di dalam Fiqh Islam ada tiga: Hudud, Qisas dan Ta'zir. Penulisan ini juga bertujuan untuk menerangkan hikmah pensyariatan hukuman-hukuman tersebut, syarat-syarat perlaksanaannya dan cara untuk melaksanakannya. Ini adalah jelas bahawa penyelidikan ini sangat penting kerana Negara Brunei Darussalam akan melaksanakan Hukum Jenayah Syariah dalam masa yang terdekat. Adapun kaedah dalam penyelidikan ini menggunakan rujukan-rujukan dan analisa dari bahan bacaan kitab fiqh Islam dan perbandingan pendapat diantara para Fuqaha. Kajian ini juga menyimpulkan bahawa hukuman bagi setiap kesalahan adalah berbeza mengikut tuduhan dari jenayah yang dilakukan dan ianya adalah untuk memberi pengajaran dan peringatan dari melakukan kesalahan-kesalah tersebut. Sepertimana yang telah disimpulkan, perlaksanaan Hukuman-Syariah ini merupakan kepatuhan terhadap perintah-perintah Allah s.w.t. Ia juga merupakan antara faktor-faktor bagi mencegah jenayah dari berlaku dan juga untuk menjaga hak-hak manusia.
Collections
- BACHELOR (FSL) [290]
Alternative Title
Jenis-jenis hukuman di dalam fiqh Islam