مفهوم المعرفة عند الإمام الغزالي
Abstract
Saya telah mengambil keputusan untuk menjadikan kajian saya mengenai Makrifat, khasnya Makrifat Perasaan (Dzauqiah) menurut Imam Ghazali, kajian saya terdiri dari: Muqaddimah (Pendahuluan), Pendekatan Tiga Fasal dan Penutup. Saya khaskan pendekatan ini mengenai kehidupan Imam Ghazali dari perjalanan ilmiahnya. Pada Fasal 1 mengenai definisi Makrifat secara bahasa dan istilah dan perbezaan diantara pengertian - pengertian yang ada. Fasal 2, saya khaskan untuk membicarakan tentang Mafhum (Pengertian) Makrifat menurut Imam Ghazali dan pola fikirannya dalam mencari keyakinan dan fitrah yang asli sebagai titik tumpuannya dalam metodnya. Demikian pula telah saya jelaskan, bagaimana untuk sampai kepada Makrifat Dzauqiah. Akhirnya pada Fasal 3 saya membicarakan tentang penjelasan Imam Ghazali untuk membezakan Makrifat Yaqin dari segi ahli mutakallimin, filosof, ahli kebatinan dan ahli tasawwuf. Pada bahagian penutup, saya menyebutkan beberapa faktor yang berhubung dengan kajian. Pada akhir kajian saya senaraikan kitab-kitab rujukan dan sumber. Semoga Allah s.w.t melimpahkan taufiq kepada apa yang saya tulis ini.
Collections
- BACHELOR (FOU) [94]
Alternative Title
The Concept of Knowledge of Imam Ghazali