dc.description.abstract | Adapun hak-hak ibu-bapa itu banyak, dan wajib keatas seorang anak untuk menunaikannya. Ini kerana Islam telah memerintahkannya, dan perintah ini disertakan dengan perintah untuk menyembah Allah Ta'ala daan mengesakannya untuk menunjukkan kewajipan perkara ini. Dan kerana ibu-bapa adalah unca kewujudan seorang anak itu, dan merekalah yang menjaganya sejak dari kecil lagi sehinggalah anak itu dewasa dan mampu menjaga dirinya sendiri. Bahas ini menerangkan tentang hak-hak ibu-bapa dan derhaka terhadap keduanya. Bahas ini terbahagi kepada 2 fasal. Fasal yang pertama adalah mengenai hak-hak ibu-bapa, dimana akan dibincangkan mengenai hak seorang ibu dan kelebihannya daripada hak bapa, kemudian hak seorang bapa, hak-hak ibu-bapa yang berlainan agama, hak ibu-bapa yang telah meninggal dunia, dan kemudian disebutkan sebahagian daripada hak-hak tersebut serta natijah atau balasan bagi menunaikannya. Fasal yang kedua membincangkan tentang derhaka terhadap ibu-bapa dan sebahagian daripada perkara yang dianggap sebagai menderhaka itu serta balasan bagi derhaka terhadap ibu-bapa. | en_US |