معجزات الأنبياء والرسل في القران الكريم
Abstract
Bahawasanya tajuk bagi bahas ini adalah Mukjizat-Mukjizat Para Nabi dan Rasul di Dalam Al-Quran. Terkandung di dalam bahas ini, penerangan dan penjelasan yang jelas tentang makna mukjizat-mukjizat, nabi-nabi dan rsul-rasul. adapun termuat di dalam bahas ini, contoh-contoh mukjizat-mukjizat dari tiga belas orang rasul dari dua puluh lima rasul yang tersebut di dalam al-Quran. dengan yang demikian itu, pengkaji telah membahagikan contoh-contoh mukjizat tersebut kepada mukjizat-mukjizat para Ulul 'Azmi di kalangan rasul-rasul dan mukjizat-mukjizat para rasul selain Ulul 'Azmi. Bahas ini berkisar secara ringkas tentang para nabi dan rasul, tentang qaum-qaum yang telah diutus kepada mereka nabi-nabi dan rasul-rasul, berserta penerangan tentang mukjizat-mukjizat yang telah Allah anugerahkan kepada para nabi dan rasul berkenaan, seperti yang telah disebutkan di dalam Al-Quran. Yang demikian itu adalah supaya dapat menengah manusia dari mencapur-aduk makna mukjizat dengan sihir dan karamah, serta supaya dapat menegah berlaku pemesongan aqidah disebabkan oleh kesalahfahaman tentang makna-makna tersebut.
Collections
- BACHELOR (FOU) [94]