عقوبة القتل: دراسة مقارنة بين الشريعة الاسلامية والقانون الماليزي
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tentang hukuman bunuh yang terdapat dalam Syariah Islamiah dan Kanun Malaysia. Penulis telah membuat tumpuan atas method perbandingan dan persamaan di antara pandangan para Fuqaha yang terdahulu dan juga pandangan kanun Malaysia tentang jenayah-jenayah yang diwajibkan padanya hukuman mati dan cara perlaksanaannya. Kajian ini terbahagi kepada tiga fasal. Di dalam fasal satu, penulis telah menerangkan tentang pengertian hukuman dan bunuh. Ini termasuklah jenis-jenis hukuman syar’ie, tujuannya, dan bunuh secara hak. Fasal kedua adalah mengenai hukuman bunuh yang terdapat di dalam Syariah Islamiyah serta pandangan para fuqaha mengenainya dan dalam fasal yang terakhir adalah mengenai hukuman bunuh yang terdapat di Malaysia di bawah Kanun Keseksaan Akta 574.
Collections
- BACHELOR (FSL) [290]
Alternative Title
Hukuman Bunuh: Kajian Perbandingan di antara Syariah Islamiyah dan Kanun Malaysia