dc.description.abstract | Majoriti penduduk di Negara Brunei Darussalam adalah beragama Islam, dan cara pergaulan di Negara ini juga berlandaskan hukum-hakam Islam, ini bertepatan dengan apa yang termaktub dalam perlembagaan Negara Brunei Darussalam iaitu Agama Rasmi Negara ialah Agama Islam, ini juga mendorong kebanyakkan penduduk yang bukan beragama Islam memilih Agama Islam sebagai cara hidup mereka dan dinamakan mereka sebagai “saudara baru”. Kebanyakkan penduduk di Negara Brunei Darussalam mungkin sudah mengetahui siapa dia saudara-saudara baru, tapi sejauhmana peringkat pengetahuan itu adalah berbeza, ada diantara mereka mungkin lebih mengetahui akan perihal kehidupan mereka dan sebagainya disebabkan oleh pergaulan rapat atau sentiasa mengikuti perkembangan saudara-saudara baru di Negara ini, ada juga sebahagian mereka hanya mengetahui dari segi luaran sahaja. Di dalam tesis ini, Penulis akan menjelaskan kepada para pembaca mengenai saudara-saudara baru, perihal kehidupan mereka, permasalahan, aktiviti dan sebagainya. Serta sejauhmana pemedulian Pusat Dakwah Islamiah dalam menjaga kebajikan dan sebagainya terhadap saudara-saudara baru, khususnya bagi saudara-saudara baru di daerah Temburong dan peranan Unit Dakwah Daerah Temburong dalam kebajikan mereka. Insya Allah. | en_US |