الامام الشافعي و شخصيته ومنهجه
Abstract
Imam Asy-Syafi’i adalah pengasas Mazhab Syafie yang banyak penganutnya dari penduduk negara sebelah timur termasuk Brunei Darussalam. Beliau adalah imam ketiga dalam senarai empat imam mazhab yang termasyhur itu. Dalam tajuk ini, penulis akan membicarakan tentang catatan sejarah hidup Imam Asy- Syafi’i, mengenai keperibadiannya, keturunannya dan konsep penjelahan yang telah menjadi prinsip Imam Asy-Syafi’i dalam menuntut ilmu pengetahuan sehingga dari hasil pengajian beliau itu telah dapat melahirkan ramai guru-guru yang telah menolong beliau untuk memahami kehendak-kehendak maksud ayat al-Qur’an dan hadith sehingga Imam Syafi’i mampu menempatkan mazhab beliau sebagai mazhab yang teragong dan termasyhur kerana kesederhanaan dan pertengahan ciri-ciri dan konsep pengamalannya sehingga ianya menjadi
mazhab anutan Umat Islam yang teramai sejak kemunculannya sehingga kini. Penulis juga akan membicarakan mengenai peribadi sebahagian daripada guruguru dan murid-murid beliau yang terkenal dalam sama-sama membantu dan mendokong beliau sehingga terhasilnya mazhab Asy-Syafi’i. Dalam penulisan
ini juga, penulis akan menfokuskan mengenai ujian ataupun fitnah yang telah menimpa Imam Asy-Syafi’i sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai Gabenor di Yaman, cara beliau menyampaikan hujjah-hujjah, sehinggalah beliau terlepas dari ujian yang hampir mengorbankan nyawa beliau. Maka ini adalah satu
percubaan yang kecil dalam satu perkara yang besar dengan taufiq dan hidayah Allah, dengan penuh harapan daripada Allah mudah-mudahan buku ini menjadi bukti buat diri saya sendiri di kemudian hari dan dapat memberi manfaat sebagai buku bacaan atau rujukan kepada umum dan mencapai objektifnya.
Collections
- BACHELOR (FSL) [290]
Alternative Title
Imam Syafi’i : Kepeibadiannya dan Metodenya