Pemikiran Ekonomi Islam Muhammad Syukri Salleh: Di Luar Kotak atau di Dalam Kotak yang Baharu?
Abstract
Hujah yang sering dipertahankan dalam membina ekonomi Islam adalah pendekatan Barat tidak boleh dikesampingkan. Sama ada pendekatan itu digunakan secara bulat-bulat atau serpihannya, ia boleh diterima selagi mana tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Pendekatan inilah yang meresapi pemikiran ekonomi Islam arus perdana. Sebilangan Sarjana bagaimanapun memilih sisi pandang yang berbeza. Mereka berpendirian bahawa agak ganjil ekonomi Islam digarap menerusi pendekatan yang lahir dari dunia bukan Islam. Muhammad Syukri Salleh muncul dalam kelompok ini. Artikel ini bertujuan untuk memahami citra pemikiran beliau mengenai ekonomi Islam yang telah ditekuni lebih 30 tahun. Ketika mengolah gagasan dan konsep yang bertunjangkan tasawur Islam, beliau ternyata berfikir di dalam kotak yang baharu (inside a new box), tidak di luar kotak (out of the box). Dengan keyakinan betapa perlunya ekonomi Islam itu dibina daripada kerangka Islam berasaskan tasawur dan epistemologi Islam sendiri, beliau telah mendefinisikan semula pelbagai konsep dan prinsip. Penemuan ini terhasil menerusi analisis tekstual pelbagai karya ilmiah beliau yang menyentuh aspek ekonomi, temu bual dan pemerhatian turut serta. Artikel ini jelasnya telah menonjolkan sifat idealis Sarjana ekonomi Islam kontemporari seperti Muhammad Syukri Salleh.
Collections
- ARTICLE [149]