Show simple item record

dc.contributor.authorSulaiman Ibrahim el-Barruhiy
dc.contributor.authorEl-Syed Mohamed Salem Salem El-Awady
dc.contributor.authorNurol Halimatulwara' Mumin
dc.date.accessioned2019-06-25T00:21:19Z
dc.date.available2019-06-25T00:21:19Z
dc.date.issued2012
dc.identifier.urihttps://e-ilami.unissa.edu.bn:8443/handle/20.500.14275/1596
dc.description.abstractImam al-Shafi'i al-Muttalibiy Rahimahu Allah Ta'ala bukan hanya seorang tokoh besar dalam bidang fiqh, malah beliau juga merupakan tokoh dalam pelbagai bidang ilmu Islam yang lain. Kajian ini cuba menonjolkan ketokohan beliau dalam bidang dakwah Islamiah menerusi beberapa elemen utama seperti penulisan, pengajaran, kaunseling atau maw'izah, hiwar dan munazarah serta pemikiran beliau secara umum tentang dakwah Islamiah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sumbangan beliau dalam bidang dakwah Islamiah menerusi pelbagai aktiviti kehidupannya serta menonjolkan ketokohan beliau dalam bidang tersebut. Kajian ini mengambil kekuatan signifikannya daripada gelaran mujaddid kurun kedua Hijrah yang dinobatkan kepada beliau, di mana gelarannya ini cukup mantap dijadikan sebagai muntalaq kepada kajian ini, atas alasan gelaran ini dianugerahkan kepada seseorang tokoh setelah mengambil kira sumbangan beliau dalam semua bidang termasuklah bidang dakwah Islamiah dan bukan hanya satu dalam bidang kepakaran tertentu sahaja. Kajian ini menggunakan metode kajian kepustakaan dalam mengumpulkan data, sementara pengelohan data lebih tertumpu kepada pendekatan istiqra'iy tatabbu'iy istintajiy kerana inilah metode yang dirasakan paling wajar digunakan dalam kajian berkaitan sejarah seumpama ini, lebih-lebih lagi kerana tiada karya turath yang memperihalkan sumbangan Imam al-Shafi'e al-Muttalibiy Rahimahu Allah Ta'ala dalam bidang dakwah Islamiah secara langsung. Kajian ini mendapati bahawa Imam al-Shafi'e al-Muttalibiy Rahimullah Allah Ta'ala adalah tokoh mujaddid yang sangat berkaliber, mempunyai pemikiran dakwah yang syumul dan saksiah dakwah yang sangat tinggi serta penghayatan dakwah yang terpuji, Keseluruhan hidup beliau telah diabadikan untuk perkembangan dakwah Islamiah ketika itu yang banyak diwakili oleh sektor fikh dan usulnya yang merupakan keperluan terdesak umat Islam ketika itu.en_US
dc.language.isoMalayen_US
dc.titleSumbangan Imam Al-Shafi'i (Rahimahullah Ta'ala) Dalam Bidang Dakwah Islamiahen_US
dc.typeConference or Workshop itemen_US
dc.facultyFakulti Usuluddinen_US
dc.institutionUniversiti Islam Sultan Sharif Alien_US
dc.pages285-320en_US
dc.city1Bandar Seri Begawanen_US
dc.conferencetitleInternational Seminar On Islamic Da'wah In The Era Of Globalization: The Islamic Da'wah: Development And Progressen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record