Metode penentuan Mushaf Rasm Uthmani dan Imla'i
Abstract
Kertas ini akan menghabiskan tentang metode untuk membezakan antara mushaf yang ditulis menggunakan kaedah rasm. Uthmani dengan mushaf yang ditulis menggunakan rasm ilma'i. Kini naskhah-naskhah mushaf telah dicetak dalam pelbagai bentuk dan metode. Ada yang ditulis dengan menggunakan kaedah rasm Uthmani dan sebahagiannya ditulis dengan menggunakan rasm imla'i. Bagaimanakah cara untuk membezakan antara dua kaedah penulisan mushaf tersebut. walaupun persoalan ini nampak mudah tetapi hakikatnya ramai yang masih keliru tentang metode penentuan antara kedua-dua jenis rasm ini. Selain itu , terdapat sebahagian mereka yang keliru terhadap perbezaan antara istilah rasm mushaf dengan dabt mushaf. Sehingga ada yang beranggapan bahawa tanda-tanda baca atau dabt mushaf adalah kayu ukur bagi menentukan perbezaan antara mushaf rasm Uthmani dan mushaf yang bukan rasm Uthmani. Sedangkan rasm Uthmani yang ditulis oleh para sahabat tidak mempunyai tanda-tanda baca seperti mushaf-mushaf sekarang. Tanda-tanda baca tersebut adalah ditambah oleh ulama kemudian . Oleh yang demikian , objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan apakah sebenarnya rasm Uthmani dan bagaimana mengenali dan membezakan antara mushaf rasm Uthmani dengan rasm imla'i.