Show simple item record

dc.contributor.authorLilly Suzana Shamsu
dc.contributor.authorNorasdinah Daud
dc.date.accessioned2019-06-19T06:16:58Z
dc.date.available2019-06-19T06:16:58Z
dc.date.issued2012
dc.identifier.urihttps://e-ilami.unissa.edu.bn:8443/handle/20.500.14275/1518
dc.description.abstractHadis ini secara umumnya menunjukkan kewajipan mencegah sebarang kemungkaran. Setiap muslim yang melihat berlakunya perkara mungkar dituntut untuk mengubahnya dengan beberapa cara yang tersebut dalam hadith ini. Pertama dengan menggunakan tangan, kedua dengan menggunakan lidah dan ketiga menggunakan hati. Adapun kefahaman umum mengenai hadis ini lazimnya merujuk kepada tiga perkara atau cara yang disebutkan di atas dengan mengambil kira susunan hirarki atau dari atas ke bawah. Oleh itu apa yang difahami dengan meluas ialah memestikan mendahulukan tindakan pencegahan dengan tangan yang membawa maksud kekuasaan sebelum menggunakan lidah atau dengan kata-kata seterusnya dengan hati apabila kedua-dua cara sebelumnya tidak berupaya dilaksanakan. Pencegahan dengan hati ini pula melambangkan kelemahan iman. Walau bagaimanapun pada praktiknya usaha mengubah kemungkaran ini tidak selalunya bermula dengan tangan atau lidah tetapi daripada hati. Hati yang seringkali bergerak lebih dahulu dan mengerakkan lidah serta tangan untuk bertindak. Yang demikian itu, kajian kertas ini akan mengupas dan menghuraikan hadis ini untuk mendapatkan kefahaman yang tidak supersial bahkan melihat kesesuaiannya dan signifikannya dalam berdakwah. Seterusnya akan dibuat bandingan dengan beberapa huraian atau syarah hadis dari pelbagai sumber klasik dan kontemporari lantas menyesuaikannya dengan konsep berdakwah pada masa kini khususnya ketika dunia Islam menerima hambatan era globalisasi. Pemahaman yang tepat mengenai hadis ini bukan hanya akan memberi cara dan pendekatan dakwah yang berkesan malah memberigakan bahawa sunnah Rasulullah SAW tetap relevan merentas waktu dan zaman.en_US
dc.language.isoMalayen_US
dc.titleHadis "Siapa yang melihat Kemungkaran Di Antara Kamu Hendaklah Ia Mengubahnya Dengan Tangannya...": Huraian Dalam Dimensi Dakwah.en_US
dc.typeConference or Workshop itemen_US
dc.facultyFakulti Usuluddinen_US
dc.institutionUniversiti Islam Sultan Sharif Alien_US
dc.pages147-167en_US
dc.city1Bandar Seri Begawanen_US
dc.conferencetitleInternational Seminar On Islamic Da'wah In The Era Of Globalization: The Islamic Da'wah: Development And Progressen_US
dc.keywordHadisen_US
dc.keywordMencegah Kemungkaranen_US
dc.keywordTanganen_US
dc.keywordLidahen_US
dc.keywordHatien_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record