Show simple item record

dc.contributor.authorHamzah Harun Al-Rasyid
dc.contributor.authorNorarfan Zainal
dc.date.accessioned2019-06-18T01:33:12Z
dc.date.available2019-06-18T01:33:12Z
dc.date.issued2012
dc.identifier.urihttps://e-ilami.unissa.edu.bn:8443/handle/20.500.14275/1504
dc.description.abstractUmat Islam diperintahkan untuk menyampaikan ajaran-ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran. Perintah Illahi ini kemudian dipopularkan dengan istilah kewajipan berdakwah. Berdakwah dalam Islam bukan sahaja sebagai kewajipan tetapi ia juga sebagai sebuah ajaran normatif-universal. Kerana itu, gerakkan dakwah selalu sahaja menghadapi cabaran, khususnya di era serba kompleks yang tidak lagi memiliki batas-batas wilayah, akibatnya sudah tidak menjadi penghalang bagi komuniti dunia untuk saling berhubung dan saling mempengaruhi, dan inilah yang di sebut dengan era globalisasi. Permasalahan kajian adalah bagaimanakah cabaran dan peluang dakwah Islamiah dalam era globalisasi. Bagaimanakah peranan strategi dakwah dapat membangun hipotesis yang benar berkaitan dengan peribadai manusia moden yang sudah hanyut dalam arus globalisasi. Kajian ini menyimpulkan bahawa manusia moden adalah sebuah komuniti baharu yang jauh berbeza dengan komuniti muslim yang hidup di zaman permulaan Islam. Oleh kerana itu, gerakan dakwah mesti menempuh cara, metod dan strategi yang baharu pula agar ia dapat berjalan seiring dengan perkembangan dunia global yang sangat dinamik. Dalam konteks ini, "moderasi (wasatiyyah) Islam" menjadi satu alternatif bagi bekalan intelektual seorang da'ie. Seorang da'ie mesti mengadaptasi strategi dan wancana keagamaan (fiqh) yang ideal, fleksibel, kondisional (kebergantungan pada keadaan), dan realiti, sebab perkara yang demikian itulah membuat perjuangan dakwah Nabi, sahabat, dan tokoh-tokoh Islam mengukir kejayaan dalam dunia dakwah. Gerakan dakwah mesti bersinergi dengan gerakan pembaharuan pemikiran (ijtihad) kerana keterpisahan keduanya akan menjadi ancaman serius bagi gerakan dakwah di era global saat ini. Artikel ini mensyorkan perlunya gerakan dakwah membangun konsep-konsep dakwah yang berdiri tegak di atas teori-teori al-Qur'ani dan ilmu turath Islam yang masih relevan dengan zaman ini, seperti teori subtansialisai (al-umur bi maqasidiha), kontekstualisasi (tagayyur al-fatawi bitagayyur al-azminati wa al-amkinah) dan rasionalisasi (ta'lil al-ahkam).en_US
dc.language.isoMalayen_US
dc.titleMengalur Perdana Wasatiyyah Islam Dalam Gerakan Dakwah Di Era Globalisasien_US
dc.typeConference or Workshop itemen_US
dc.facultyFakulti Usuluddinen_US
dc.institutionUniversiti Islam Sultan Sharif Alien_US
dc.pages1-24en_US
dc.city1Bandar Seri Begawanen_US
dc.conferencetitleInternational Seminar On Islamic Da'wah In The Era Of Globalizationen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record