dc.contributor.author | Abdol Rauh Yaccob | |
dc.contributor.author | Mohammed Sahrin Haji Masri | |
dc.date.accessioned | 2019-06-15T03:02:06Z | |
dc.date.available | 2019-06-15T03:02:06Z | |
dc.date.issued | 2010 | |
dc.identifier.uri | https://e-ilami.unissa.edu.bn:8443/handle/20.500.14275/1478 | |
dc.description.abstract | Perkara utama dalam Pengajian Sejarah ialah apakah tujuan mempelajarinya. Apabila sudah dikenalpasti tujuannya dapatlah dibuat penilaian sejauhmana tercapai atau tidak tujuan tersebut melalui penilaian terhadap sumber, isi kandungan dan analisis fakta. Dalam kontek Persidangan Serantau ini, Pengajian Sejarah Islam di Kepulauan Melayu diharapkan dapat mengembalikan bukan semata-mata nostalgia kegemilangan masa silam tetapi memberi inspirasi kearah kemajuan dan menganalisis punca kemalapan tamadun Melayu. Antara isu utama ialah sumber yang muktabar dan relevan dalam mempelajari Sejarah Islam di Kepulauan Melayu. Adalah tidak sukar untuk membariskan sumber yang ada tetapi antara sumber tersebut yang manakah dapat memenuhi tujuan dan kepentingan mempelajari sejarah tempatan. Kertas kerja ini cuba mendekati persoalan ini dengan membuat analisis terhadap sumber yang ada. Isu yang tidak kurang pentingnya ialah pendekatan dalam mempelajari Sejarah Islam tempatan dibuat secara terpisah dengan Dunia Islam khususnya Sejarah awal Islam di Kepulauan Melayu. Maka kepelbagaian teori kedatangan Islam jarang dilihat dalam kontek Dunia Islam semasa berlakunya perkembangan dakwah Islam di Kepulauan Melayu. Maka kerana itu perhatian yang diberikan lebih kepada bila dan bagaimana sampainya Islam di Alam Melayu tetapi tidak kepada bentuk dan pengajaran yang disebar kepada umat Melayu. Begitu juga dengan sejarah kedatangan bangsa Eropah seperti Portugis dan Sepanyol dilihat secara terpisah dengan sejarah Sepanyol dan Portugal di tanah air mereka. Begitu jugalah dengan perkembangan pendekatan dalam memahami ajaran Islam yang berlaku pada zaman moden hendaklah dilihat kepada puncanya dan hubungannya dengan Dunia Islam yang lain. Kertas Kerja ini cuba mengaitkan antara pentas tempatan dengan Dunia Islam bagi menilai kembali bagaimana Dunia Islam dapat mempengaruhi kebangkitan Tamadun Melayu. | en_US |
dc.language.iso | Malay | en_US |
dc.subject | Islamic countries--History | en_US |
dc.title | Pengajian Sejarah Islam Di Kepulauan Melayu: Satu Penilaian | en_US |
dc.type | Conference or Workshop item | en_US |
dc.faculty | Bahasa Arab Dan Tamadun Islam | en_US |
dc.institution | Universiti Islam Sultan Sharif Ali | en_US |
dc.pages | 83-96/14 | en_US |
dc.city1 | Bandar Seri Begawan | en_US |
dc.conferencetitle | Persidangan Serantau Pengajian Arab dan Tamadun Islam di Kepulauan Melayu | en_US |
dc.keyword | pengajian | en_US |
dc.keyword | penilaian | en_US |