Pengajian Arab Di Gugusan Pulau Melayu Khasnya Di Malaysia
Abstract
Kajian ini membicarakan skop umum dalam bidang Pengajian Arab. Bagaimana yang berlaku di Malaysia dan sesekali dikaitkan dengan perihal di Pattani dan Indonesia. Dibahas kurikulum dan metode pengajaran bahasa/linguistik Arab seperti yang tersedia, sejauh mana pula kesan bahasa Arab - termasuk hurufnya - dalam bahasa Melayu. Sebagai buktinya, diulas beberapa karya ulama Malaysia dalam bidang ini. Tentang kesusasteraan, disentuh metode pengajarannya, apa pula peranan sastera Islami dalam masyarakat Melayu, dan pengajaran kesusasteraan bandingan. Dalam pemindahan unsur budaya Arab-Islami ke Alam Melayu, perlu diperkatakan kegiatan penterjemahan - teks agama dan kesusasteraan - khasnya ke bahasa Melayu. Begitu juga, program pengajaran penterjemahan yang diadakan. Sebagai mengenang dan menghargai warisan yang ada, diulas karya ulama kita dalam bidang bahasa, sastera, terjemahan, dan seni. Buat penamatnya, beberapa ulasan umum dan saranan dikemukakan.