جناية الغتصاب دراسة مقارنة بين الشريعة إسلامية والقانون البرناوي
Abstract
Latihan ilmiah ini mengkaji tentang jenayah rogol di dalam syariah dan undang-undang di Brunei. Ianya mengandungi pendahuluan, lima fasal dan penutup. Fasal yang pertama menerangkan tentang perkara-perkara penting mengenai takrif rogol, zina, zina secara paksa dan perbezaan diantara ketiga-tiga takrif tersebut. Fasal yang kedua pula menerangkan tentang paksaan dan apa yang berkaitan dengannya. Cara pengsabitan zina dan hukuman-hukuman zina diterangkan dalam fasal yang ketiga dan keempat. Manakala fasal yang yang terakhir pula menerangkan tentang pengguguran hukum hudud dari pandangan ulama-ulama Fiqeh. Di dalam fasal-fasal tersebut juga ada dibuat perbandingan antara hukum syara' dan undang-undang di Brunei dan seterusnya diakhiri dengan sedikit kesimpulan mengenai tajuk bahas ini.
Collections
- BACHELOR (FSL) [290]