dc.description.abstract | Makalah ini menjelaskan fungsi al-qiyāsdalam tradisi mantik yang mana kepekaan al-Ghazālī dalam menghadapi isu al-ma‘rifahyang dibawa oleh aliran Shī‘ah al-Ismā‘īlīyyah al-Bāṭinīyyah al-Ta‘līmīyyah telah menaiktaraf kedudukan al-qiyāssebagai mawāzīn al-Qur’ān. Penaiktarafan ini dinukil al-Ghazālī dalam kitab al-Qisṭās al-Mustaqīmdan pengaplikasian mawāzīn al-Qur’āntersebut terhadap isu yang telah ditimbulkan oleh aliran Shī‘ah juga disebutkan. Menerusi makalah ini, penulis telah menghuraikan kekuatan hubungan mawāzīndengan ayat-ayat al-Qur’ān, bukan sahaja dari segi fleksibiliti penggunaan mawāzīnbahkan autoriti mawāzīnsebagai neraca berfikir yang diperakui kesahihannya. Huraian ini berasaskan kepada metode kualitatif sepenuhnya memandangkan kajian adalah berbentuk analisis teks kitab al-Qisṭās al-Mustaqim. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa mantik al-Ghazālī adalah sumberyang meyakinkan dalam mempertahankan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah, bukan hanya menjadi penyokong terhadap penghujahan akal semata-mata akan tetapi menjadi satu metode penghujahan yang berasaskan ayat-ayat al-Qur’ānyang disebut oleh al-Ghazālī sebagai mawāzīn al-ma‘rifah. | en_US |