Please use this identifier to cite or link to this item: http://e-ilami.unissa.edu.bn:8080/jspui/handle/123456789/1597
Title: Metodologi Dakwah Terhadap Golongan Elit Melayu: Kajian Di Kuantan Pahang
Authors: Ahmad Effat bin Mokhtar
Ahmad Baha' bin Mokhtar
metadata.dc.conferencetitle: International Seminar On Islamic Da'wah In The Era Of Globalization: The Islamic Da'wah: Development And Progress
metadata.dc.institution: Universiti Islam Sultan Sharif Ali
metadata.dc.city1: Bandar Seri Begawan
Issue Date: 2012
Abstract: Kertas ini mengkaji tentang metodologi dakwah terhadap golongan elit Melayu. Isu yang dikaji ialah sejauh mana tahap kefahaman golongan elit Melayu terhadap agama Islam dan masalah dakwah serta metodologi dakwah bagi golongan ini di Kuantan. Pada masa kini terdapat pelbagai metode dakwah yang telah digunakan oleh pendakwah bagi menarik masyarakat kepada ajaran Islam. Program-program pendakwahan telah banyak dijalankan sama ada melaui badan-badan dakwah ataupun pendakwah bebas. Walaupun kini program dakwah diatur dengan baik namun malangnya kejayaan dakwah kepada masyarakat masih tidak boleh dibanggakan terutamanya kepada golongan elit, keadaan ini boleh kita lihat masih ada golongan atasan tidak mengikut landasan agama yang sebenar. Ini berpunca daripada masalah dakwah. Antara masalah yang dihadapi oleh golongan elit ada ialah kesibukan bekerja, tidak ada penempuan khusus program agama kepada mereka, teknik dakwah yang kurang berkesan dan media dakwah yang kurang menarik. Hal ini terbukti dengan temu bual daripada beberapa sumber yang menunjukkan peratusan penglibatan golongan elit di Kuantan dalam program agama masih kurang memuaskan. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui metodologi dakwah yang sesuai kepada golongan elit melayu di Kuantan. Ia melibatkan responden seramai 100 orang melalui kajian lapangan. Kajian lapangan tersebut mencakupi aspek kefahaman, amalan dan penerimaan terhadap metodologi dakwah yang telah dijalankan. Berdasarkan analisis kajian pengkaji mendapati bahawa tahap kefahaman dan amalan agama Islam adalah baik di Kuantan. ini disebabkan kebanyakkan responden mempunyai asas agam ayang kukuh, tetapi dari sudut metode dakwah masih kurang berkesan maka perlu diperbaiki mengikut perubahan zaman untuk lebih menarik minat mereka dalam program dakwah. Manakala dari sudut masalah dakwah kajian mendapati masih banyak kekurang diantaranya dari segi teknik penyampaian, penampilan, kelayakan, media dakwah yang kurang menarik, kekeliruan dalam isu-isu agama dan penganjuran program-program agama. Justeru itu pengkaji mengemukakan beberapa saranan bagi menambah baikan cara pendekatan dakwah dengan lebih berkesan khususnya di golongan elit Melayu. Dengan usaha perubahan pendekatan dakwah, pengkaji yakin bahawa lebih ramai lagi golongan elit dapat bersama-sama dalam program dakwah yang dianjurkan diKuantan.
metadata.dc.language.iso: Malay
URI: http://e-ilami.unissa.edu.bn:8080/jspui/handle/123456789/1597
Appears in Collections:CONFERENCE OR WORKSHOP ITEM

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ISDEG 2012 04.pdf
  Restricted Access
1.35 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.