Please use this identifier to cite or link to this item: http://e-ilami.unissa.edu.bn:8080/jspui/handle/123456789/1476
Title: Kemunculan Gagasan Persuratan Baru Menjadikan Dunia Persuratan Islam Di Alam Melayu Lebih Dinamik Dan Terarah
Authors: Abdul Razak @ Abdulroya Panaemalae
metadata.dc.conferencetitle: Persidangan Serantau Pengajian Arab dan Tamadun Islam di Kepulauan Melayu
metadata.dc.institution: Universiti Islam Sultan Sharif Ali
metadata.dc.city1: Bandar Seri Begawan
Issue Date: 2010
Abstract: Kegiatan persuratan Melayu yang telah sedia dinamik nampaknya lebih dinamik lagi dengan munculnya gagasan ini, walaupun masih di peringkat awal, namun sebagai konsep persuratan yang memberi penekanan kepada kepentingan ilmu yang bertunjangkan tauhid, bahananya banyak memberi kedinamikan kepada kegiatan sastera dan juga para pengkarya sastera Melayu, di Malaysia khasnya. Yang lebih penting daripada itu ialah gagasan Persuratan Baru ini membantu mengarahkan semula persuratan Melayu kepada halatuju sebenar, iaitu ke arah ketauhidan. Dan ini bermakna sekaligus ia mengembalikan semula maruah persuratan Melayu, dan menempatkannya semula pada posisi yang wajar dan adil seperti yang pernah ditunjukkan ketika era kegemilangan persuratan Melayu pada abad ke-17. Gagasan Persuratan Baru merupakan khazanah intelek bersama umat Islam sedunia, khasnya di Alam Melayu yang merupakan bahagian integral dunia Islam. Kemunculan Persuratan Baru sebagai dinamisme persuratan Melayu-Islam ini mula mendapat perhatian khalayak, baik di peringkat regional mahupun global. Seolah-olahnya riak gelombang gagasan Persuratan Baru ini menjadikan lautan sastera yang hening sebelum ini mula berkocak sehingga berjaya menarik perhatian para sarjana dan pengarang itu sendiri. Juga, menjadi kayu ukur dan cerminan kepada perkembangan kesusasteraan Melayu dalam konteks untuk melihat sejauhmana sudah kemajuan yang sudah dicapai. Terkedepan atau mundur ke belakang. Kertas ini akan memperlihatkan peranan Persuratan Baru dalam usaha mendinamiskan kegiatan persuratan Melayu (atau lebih tepatnya persuratan Islam) agar sejajar dan terarah mengikut kerangka tauhid. Dan memastikan agar kegiatan pengkaryaan itu tidak terpesong jauh dari falsafah persuratan Islam.
Keywords: Kemunculan Gagasan Persuratan Baru Menjadikan Dunia Persuratan Islam Di Alam Melayu Lebih Dinamik Dan Terarah
metadata.dc.language.iso: Malay
URI: http://e-ilami.unissa.edu.bn:8080/jspui/handle/123456789/1476
Appears in Collections:CONFERENCE OR WORKSHOP ITEM

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
KEMUNCULAN GAGASAN PERSURATAN.pdf
  Restricted Access
Kemunculan Gagasan Persuratan Baru Menjadikan Dunia Persuratan Islam Di Alam Melayu Lebih Dinamik Dan Terarah986.16 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.