Please use this identifier to cite or link to this item: http://e-ilami.unissa.edu.bn:8080/jspui/handle/123456789/1445
Title: Hadith Penyamatarafan Wanita Dan Haiwan: Salah Faham Dan Penjelasan
Authors: Norhasrina Ibrahim
Kauthar Abd Kadir
Irshadul Haq Abdullah
metadata.dc.conferencetitle: Sunnah Nabawiyyah Dan Cabaran Semasa
metadata.dc.institution: Universiti Islam Sultan Sharif Ali
metadata.dc.city1: Bandar Seri Begawan
Issue Date: 2014
Abstract: Selari dengan proses perkembangan sosialisasi semasa, umat Islam sentiasa diasak dengan pelbagai isu kecelaruan akidah yang dipengaruhi dan dipesongkan oleh para musuh Islam. Contohnya, golongan anti hadis dan feminisme mendakwa bahawa Rasulullah (s.a.w.) telah menghina kaum wanita melalui hadith-hadith yang menyandarkan wanita kepada kebodohan, sumber kecelakaan dan rendah martabatnya berbanding kaum lelaki. Manifestasi ketidakadilan gender ini seterusnya menghasilkan penyebaran hadis-hadis misoginis (anti-wanita) yang bertujuan untuk menghancurkan autoriti hadith nabawi dan keagungan ajaran Islam. Kajian kualitatif ini memfokuskan kepada sebuah hadith sahih yang bermaksud: "Solat ini terputus oleh wanita, keldai dan anjing" yang dikatakan menempatkan wanita sebaris dengan haiwan. Penjelasan mengenainya menyentuh perihal kajian teks hadith, pengertian kalimah, hukum yang dikeluarkan daripada hadith dan ulasan para ulama' yang muktabar sebagai pencerahan terhadap hadith tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa hadith tersebut telah disalahertikan interpretasinya yang sebenar kerana ia sama sekali bukan bertujuan untuk menyamakan wanita dengan haiwan. Bahkan, wanita bukanlah penyebab terbatalnya solat dan hadith ini pada dasarnya mengandungi perintah dan anjuran daripada Rasulullah (s.a.w.) agar kita meletakkan penghadang di bahagian hadapan semasa sedang solat.
Keywords: Hadith Penyamatarafan Wanita Dan Haiwan: Salah Faham Dan Penjelasan
metadata.dc.language.iso: Malay
URI: http://e-ilami.unissa.edu.bn:8080/jspui/handle/123456789/1445
Appears in Collections:CONFERENCE OR WORKSHOP ITEM

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
HADITH PEMNYAMATARAFAN WANITA DAN HAIWAN.pdf
  Restricted Access
Hadith Penyamatarafan Wanita Dan Haiwan: Salah Faham Dan Penjelasan827.96 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.